Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol.
Q: Apa hukum minyak wangi yang ada alkohol? Sahkah solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol?
A: Pertama, saya ingin jelaskan bahawa alkohol bukanlah najis. Oleh itu
minyak wangi yang ada alkohol tidak najis dan solat menggunakan minyak
wangi yang ada alkohol juga adalah sah.
Persoalan alkohol berpunca dari kekeliruan tentang arak kerana dalam
arak ada alkohol. Malah istilah alkohol juga digunakan untuk arak
sehingga difaham bahawa arak itu alkohol dan alkohol itu arak (alkoholik
adalah merujuk pada orang yang ketagihan arak). Maka orang menghukum
alkohol sama seperti arak - najis dan haram.
Sebenarnya tidak begitu. Alkohol hanyalah salah satu dari bahan yang
terkandung dalam arak. Bahan2 lain adalah air, gula dsb.. Jika
diasingkan air yang terdapat dalam arak itu (dengan proses penyulingan
atau proses lain), sudah tentu ia (air tersebut) suci dan tidak najis.
Begitu juga dengan gula, alkohol yang terdapat dalam arak itu.
Yang haram dan najis adalah arak. Yang mudarat adalah arak. Yang
memabukkan adalah arak berpandukan hadith Nabi s.a.w yang bermaksud
"Tiap yang memabukkan adalah arak (khamar) dan tiap arak adalah haram".
Jika arak terkena pada pakaian maka pakaian itu najis dan solat
dengannya tidak sah.
Tapi ingat! Jika ada minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis yang
lain seperti bahan tertentu yang diambil dari binatang atau organ
manusia maka minyak wangi itu adalah najis serta haram digunakan dan
solat dengannya tidak sah.
Panduan umum tentang minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis seperti
itu adalah harganya yang mahal... Biasanya minyak wangi yang murah tidak
mengandungi bahan najis tersebut... Terkecuali dari panduan umum ini
minyak wangi yang menggunakan bahan yang sukar diperoleh seperti
kasturi, ambar, gaharu dll kerana kadang2 harganya juga mahal...
Wallahu a`lam.
Sumber: Http://www.drbadrulamin.blogspot.com
--------------------------------------------------------------------------------
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158)
menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju
seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid
(2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh
digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam
An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis
"Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan
kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di
dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang
ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis
alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga
berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa
yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam
barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci
dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan
hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru
saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof
Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA
TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI
DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa
di dalam solat.
Sumber: Zaharudin.Net (Hukum perfume Alkohol)
--------------------------------------------------------------------------------
Soalan :
Saya keliru tentang hukum memakai minyak wangi beralkohol didalam
sembahyang. Setengah pendapat berkata alkohol itu najis jadi tidak sah
sembahyang kita. Tolong jelaskan..
Jawapan :
Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi boleh dipakai dan dibawa
sembahyang. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian
bukan dari sumber yang najis..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar